Alhamdulillah
syukur kerana akhirnya aku dapat juga menyambungkan pelajar di universiti. Aku
dapat menyambungkan pelajaran peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia
dalam bidang komunikasi. Sekali lagi aku bersyukur kerana mendapat universiti
yang berdekatan dengan rumahku. Tidaklah membebankan keluarga aku untuk
mengeluarkan kos yang banyak untuk menghantar aku ke universiti seperti kawan
yang lain yang tinggal jauh. Yalah, mana tidaknya rumah aku ke UUM hanyalah
mengambil masa 20 minit sahaja. Pada 17 September 2014, aku mendaftarkan diri
sebagai mahasiswa UUM dengan rasminya. Semasa pendaftaran kakakku seorang
sahaja yang hantar aku kerana barang aku terlalu banyak sehingga tiada tempat
di dalam kereta untuk orang lain duduk. Gaya barang aku mengalahkan orang yang
tinggal jauh.
Aku
mendaftarkan diri di dewan Kachi dan tinggal selama 3 hari bagi program suai kenal
pelajar baru. Semasa orentasi aku mendapat kawan semuanya dari kedah yang tinggal berdekatan dengan UUM
juga. Ramai juga kawan sekolah aku yang dapat sama kos dan sama universiti
dengan aku, lebih kurang 10 orang jugalah. Rakan sebilik aku semasa suai kenal
juga orang kedah yang tinggal di Gunung Keriang. Boleh dikatakan semua kawan
aku di sini orang kedah, disebabkan itu mudah bagi aku nak berkomunikasi dan
mudah bagi aku untuk bergaul. Orentasi selama 3 hari memberi aku pengalaman dan
kenangan bersama mereka yang tidak pernah aku kenali. Walaupun orang kata
minggu suai kenal adalah yang membosankan tetapi bagi aku biasa sahaja.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa minggu suai kenal seperti
sukaneka, senaman aerobik, permainan uji minda, dan juga lawatan ke bilik
kuliah. Selesai program suai kenal kami balik ke Dewan Penginapan Pelajar (DPP)
masing-masing. Berdasarkan surat tawaran
aku ditempatkan di DPP Sime Darby yang terletak di dalam yang dipanggil
laluan B.
Hari
pertama aku ke kuliah begitu mendebarkan
dan perasaan takut menyelubungi diriku mana tidaknya risau pensyarah garang dan
tidak tahu cara belajar di universiti bagaimana. Pada pagi itu aku masuk ke
kelas yang pertama, tunggu punyalah tunggu rupanya kelas batal. Aku rasa lega,
selepas itu aku tunggu untuk masuk ke kelas yang kedua pula. Semasa menunggu
pensyarah aku sempat berkenalan dengan beberapa orang rakan kelas aku yang
duduk berhampiran aku. Tidak lama kemudian pensyarah masuk, aku pun lihat
pensyarah itu dan membuat tanggapan ia baik dan mudah untuk berkomunikasi.
Dalam masa dua jam aku mendapati cara
pembelajaran di universiti agak berbeza dengan di sekolah.
Selepas
sehari demi sehari aku menjalani kehidupan di universiti aku berasa begitu
bertuah kerana diberi peluang melanjutkan pelajaran di universiti. Semasa
semester pertama pelbagai dugaan dan cabaran aku hadapi dalam membuat tugasan
yang diberikan oleh pensyarah. Mana tidaknya aku tidak tahu bagaimana cara
membuat assignment yang betul. Setelah itu barulah aku tahu cara membuat
assignment selepas bertanya senior dan pensyarah. Aku masih ingat lagi semasa
hari pertama aku masuk kelas terus dapat tugasan individu yang perlu dihantar
tidak lama lagi. Bayangkan aku baru masuk, belajar pun belum lagi sudah
mendapat tugasan. Aku pun buat muka tidak tahu malu bertanya rakan sekelas yang
sudah lama masuk dari aku. Yalah aku kan
budak panggilan kedua. Sesetenggah orang pandang kami yang panggilan
kedua ini agak kolot dan tidak berapa pandai. Aku tahu mereka pandang rendah
pada kami selepas aku terdengar ada seorang yang berkata negatif pasal kami.
Pada masa itu, aku berasa marah dan lemah untuk belajar tetapi bila
mengenangkan niat aku dan arwah ibu bapaku, aku harus kuat dan membuktikan aku
juga boleh berjaya seperti orang lain.
Tidak
lama lagi peperiksaan akhir semester pertama, aku begitu risau untuk menghadapinya.
Walaupun aku sudah mengulangkaji pelajaran ia tetap menghantui aku. Namun hanya
doa dan usaha aku mampu mengharunginya. Alhamdulillah aku sudah selesai
menjawab peperiksaan akhir semester pertama. Bermulalah cuti semester yang ditunggu-tunggu
oleh semua orang begitu juga aku. Masa cuti ini lah aku ingin merehatkan minda
selepas bertungkus lumus mengeluarkan idea menjawab peperiksaan dan membuat
tugasan. Apa yang aku fikirankan cuti ini aku ingin menghabiskan masa bersama
keluarga tersayang dan melakukan kerja berfaedah di kampungku. Sedar tidak
sedar sudah hampir habis cuti semester.
Semester kedua bermula, aku masih tinggal di DPP yang
sama iaitu Sime Darby. Aku tinggal dengan rakan sebilik yang sama lagi iaitu
Farzana, dia sekarang semester 4. Minggu pertama biasanya kuliah jarang ada kerana minggu
gugur tambah subjek. Oleh kerana aku masih rajin semua kelas aku pergi walaupun
kehadiran tidak diambil. Semester ini aku ambil 6 subjek dengan kelas sama
rata, iaitu 3 subjek setiap hari. Tidak
lupa aku punya kokurikulum Siswaniaga pada hari sabtu, kokurikulum adalah diwajibkan oleh semua
orang selama empat semester. Kokurikulum aku agak menyeronokkan juga kerana aku
mendapat ilmu perniagaan. Aku sebenarnya minat perniagaan mungkin kerana aku
ini keturunan orang perniagaan.
Semester
ini seperti biasa macam semester lepas dengan tugasan dan kerenah kawan-kawan
yang bermacam-macam. Kali ini aku punya tugasan banyak kena buat video, dah la
tak pandai bab buat video dengan nak
edit lagi. Ini menjadi cabaran bagi aku dan rakanku yang turut tidak tahu
berkaitan video. Tapi atas berkat sabar dan sering bertanya akhirnya kami
berjaya menghasilkan video yang agak baik jugalah. Aku turut melibatkan diri
dalam program DPP sebagai ajk iaitu ‘Explores Perdana’. Aku juga mendapat ilmu
daripada aktiviti ini seperti cara menguruskan program dan melakukan tugasan
berkumpulan dengan orang yang tidak dikenali.
Aku sangat gembira dapat melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini
kerana ia menyakinkan aku boleh melakukan kerja dengan ilmu dan tenaga yang aku
ada.


Pada
semester ini juga meninggalkan kenangan pahit bagi aku kerana aku kehilangan
orang tersayang yang menjaga aku iaitu datuk aku. Semasa aku sibuk dengan
tugasan, video dan pembentangan aku terpaksa membahagikan masa menjaga datukku
di hospital. Nasib begitu menyebelahi aku kerana pada minggu itu, aku tidak
banyak kelas yang perlu hadir dan terdapat cuti. Aku dinasihatkan oleh kawanku
agar balik melihat datukku yang tenat dan tidak perlu risaukan tugasan kumpulan.
Aku juga meminta izin pensyarah yang mengajarku untuk diberi kebenaran tidak
hadir kuliah kerana hal kecemasan. Aku juga sering ulang alik ke UUM untuk hadir kuliah dan melakukan tugasan aku.
Aku dan kakakku bergilir-gilir menjaga datukku di hospital. Semasa aku menjaga
datukku di hospital malam itu aku terlupa yang aku perlu menjawab kuiz online
tapi aku tidak dapat menjawabnya kerana tiada internet. Aku terus menghantar
mesej kepada pensyarah dan menerangkannya kenapa dan juga memohon maaf atas
kecuaian aku. Tidak dapat aku lupa, aku membuat tugasan di hospital, sekali
lagi nasib menyebelahi aku untuk membawa komputer riba ke hospital setelah
balik dari kelas aku terus ke hospital. Sempat juga aku menyiapkan bahagian
tugasan aku yang perlu dihantar kepada rakanku untuk digabungkan dan dihantar
pada keesokannya.
Sehari
sebelum datukku meninggal aku sudah dikhabarkan oleh kakakku agar balik ke
rumah kerana keadaan datukku sangat la tenat. Kakakku datang mengambil aku di
DPP dan terus pergi hospital, pada masa itu aku berasa sangat sebak dan sedih
bila mengetahui datukku semakin tenat. Tiba di hospital aku dan ahli keluarga
yang lain membacakan yassin. Ramai juga orang datang melawat datukku pada masa
itu, seorang abangku baru sampai dari
Kuala Lumpur. Kami semua tidur di
hospital pada malam itu dan mengambil langkah berjaga-jaga. Pada keesokannya
kami masuk ke wad untuk melihat datukku, terdapat dua orang jururawat sedang
melakukan sesuatu pada datukku dengan memasang perbagai alat dan wayar pada
badan datukku. Datukku sudah tidak boleh bercakap dan membuka matanya ia hanya
bergantung kepada alat pernafasan. Lebih kurang pada jam 3 petang datukku
menghembuskan nafas terakhirnya pada masa itu aku dan dua orang kakakku baru
sahaja keluar rumah untuk pergi ke hospital. Seorang kakakku menelefon aku
menyatakan datukku sudah meninggal. Aku menelefon abangku dirumah agar
memberitahu orang kampung tentang kematian datukku. Sementara menunggu proses
pengurusan jenazah oleh pihak hospital kami mengemas barang-barang yang dibawa
untuk dibawa pulang. Sampai sahaja dirumah kami sudah bersiap sedia untuk
majlis pengubumian pada malam itu selepas isyak. Alhamdulillah selamat sudah
pengubumian datukku.
Pada
hari ahad itu aku hadir ke kelas dan memberikan sijil kematian yang membuktikan
aku mempunyai sebab tidak hadir ke kelas pada minggu lepas. Aku masih dalam
keadaan sedih dan murung pada minggu itu.
Selepas itu, aku menjalani kehidupan di universiti seperti biasa dan
kembali ceria. Apa tidaknya aku sudah hampir peperiksaan akhir semester kedua.
Selesai sahaja peperiksaan akhir aku pulang ke rumah dan bermulalah cuti
semester yang dinantikan. Aku habis peperiksaan awal dari yang lain kerana subjek
aku semuanya bermula awal dan habis awal.
Semester
ketiga bermula dengan rasminya aku masih lagi tinggal di DPP dan rakan sebilik
yang sama. Semester ini membuatkan aku bimbang dan takut menghadapi tugasan dan
peperiksaan akhir. Kali ini aku punya subjek agak berat dan banyak tugasan
dalam Bahasa English. Aku semester ini sudah menjadi senior dan semakin ramai
kawan di kelas dan di DPP. Aku gembira dapat membantu junior dalam sesetenggah
subjek yang mereka ambil dan aku tahu kerana aku juga dulu meminta bantuan
senior dalam membuat tugasan dan sebagainya. Apa salahnya aku membantu mereka
pula kerana ilmu perlu dikongsi barulah ia memberi berkat dalam kehidupan kita.
Aku sangat gembira apabila kawan-kawanku dari Kolej Alpha membuat lawatan
sambil belajar di UUM. Mereka adalah pelajar dibawah UUM dalam bidang
komunikasi tetapi hanya tempat belajar di Kolej Alpha. Akhirnya dapat juga aku
berjumpa dengan mereka selepas setahun tidak pernah berjumpa.
Pada
awalnya aku tidak la sibuk dengan tugasan dan masih boleh berehat. Tetapi
sekarang aku sangatlah sibuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar sebelum
cuti mid sem. Itulah balasan aku kerana asyik menangguhkan kerja kerana asyik
fikir lambat lagi perlu dihantar. Kini aku sudah tidak ada masa untuk berehat
dan bersuka ria seperti orang lain. setiap malam terpaksalah aku bersengkang
mata menyiapkan kerja. Kali ini aku
tidaklah seaktif semester lepas kerana aku tidak mengambil bahagian dalam
aktiviti DPP. Tetapi baru-baru ini aku
terlibat dengan program kokurikulum yang melibatkan kelas siswaniaga aku dalam
menguruskan program Kegiatan Luar Kuliah (KLK) yang bertemakan ‘Mahasiswa UUM
Bersama Komuniti Mukim Sungai Laka”. Bukan senang menguruskan program besar
seperti itu yang memerlukan kerja keras semua ahli yang terlibat. Aku merupakan
ahli jawatankuasa jemputan yang dilantik untuk menyediakan surat menjemput vvip
dan jkkk kampung yang terlibat. Selain itu, aku juga membantu rakan lain
melakukan kerja bagi memastikan program itu berjalan dengan lancar. Ini
merupakan pengalaman dan ilmu yang aku perolehi bagaimana menguruskan program
dan menyediakan kertas kerja. Sesuatu yang baru bagi aku dan dapat juga aku
melakukan kerja bersama orang kampung yang terlibat. Jujur aku katakan memang
penat menguruskan program seperti itu tapi ia mengembirakan.

Aku berharap semester ini dan seterusnya aku
akan lebih komited dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi segulung ijazah.
Sampai disini sajalah yang mampu aku kongsikan pengalaman dan kenangan aku di
Universiti Utara Malaysia selama hampir 3 semester ini. Terima kasih membaca
nukilan aku yang tidak seberapa ini.
Teringat pengalaman di uum...banyak kenangan manis dan pahit ...pelajar acc batch 2002-2006...kolej bukit kachi 1
BalasPadamSalam kak,saya bakal student uum. Kelab siswaniaga tu mcmna? Tq 😊
BalasPadamSalam kak,saya bakal student uum. Kelab siswaniaga tu mcmna? Tq 😊
BalasPadamwaalaikumsalam... maaf lambat replay.. siswaniaga dia belajar pasal selok belok menjalankan perniagaan.
PadamSelamat belajar di UUM :)
BalasPadamSalam Biru Warna. Semoga senior terus berjaya dalam kehidupan.
BalasPadam