Selasa, 27 Oktober 2015

Gajet Saya



Apa itu gajet? Gajet adalah perangkat elektronik kecil yang memiliki fungsi khusus. Diantaranya seperti telefon bimbit, tablet, komputer riba, kemera, PSP dan gajet lain. Di era serba IT ini menyebabkan semua orang memerlukannya sebagai alat komunikasi yang memudahkan dirinya dalam melakukan aktiviti seharian. Dahulunya semua ini hanya sebagai kehendak bukannya keperluan. Kini tidak hanya remaja dan orang dewasa bahkan kanak-kanak sudah mengenal gadget dan tahu menggunakannya. Kanak- kanak zaman sekarang sudah tidak bermain permainan tradisi dan tidak pernah lepas dari tangan  alat komunikasi canggih ini.
Gajet yang aku miliki pada masa ini ialah telefon bimbit (smartphone) jenama Oppo dan komputer riba jenama Acer sahaja. Aku sebenarnya tidak berapa kisah pasal gadget ini semua, bagi aku ia cukup sekadar untuk  melakukan kerja dan hal yang penting. Aku tidak kisah tentang kelebihan dan jenama sesuatu gadget kerana bagi aku ia membazirkan wang sahaja. Cukuplah sekadar boleh digunakan untuk menelefon dan menghantar mesej. Aku jenis yang kedekut untuk mengeluarkan duit bagi membeli barang yang tidak penting. Jika telefon bimbit aku rosak aku akan membeli yang baru dengan harga bawah dari RM500. Kalau boleh aku mahu yang murah sekali bergantung kepada fungsinya.
Pertama sekali aku mempunyai telefom bimbit ialah Nokia 1208 yang dahulunya agak popular  dikalangan pelajar sekolah. Aku masih ingat aku beli nokia 1208 dengan harga 100 ringgit sahaja pada masa itu aku di tingkatan 3. Selepas habis menduduki peperiksaan  PMR aku terus pergi membeli telefon bimbit di Jitra dengan menggunakan wang aku sendiri. Itulah pertama kalinya aku mempunyai telefon bimbit dan menggunakannya. Bila difikirkan balik aku rasa agak kelakar aku pada masa itu. Sejak tingkatan 1 lagi semua kawan aku ada telefon bimbit kecuali aku. Memang la senang kalau ada telefon bimbit sebab nak telefon dan boleh mesej  tanya pasal kerja sekolah. Mereka sering marahkan aku  sebab susah nak bertanya pasal kerja sekolah  bila semua sudah ada di rumah masing-masing. Aku senang sahaja kalau hendak bertanya kerja sekolah aku pergilah rumah kawanku yang terdekat tidak pun pinjam telefon bimbit kakakku.

                                                 Rajah 1: Nokia 1208

Seterusnya aku teringin pula telefon bimbit yang mempunyai kamera dan lagu. Aku pun beli handphone jenis Sony Ericsson  Mix Walkman. Aku juga menggunakan wang simpanan aku untuk memilikinya. Biasalah nafsu remaja yang ingin memiliki telefon bimbit canggih sedikit.  Pada masa itu, aku di tingkatan 5 dan mempunyai pengaruh yang kuat untuk memiliki telefon bimbit seperti kawan lain yang canggih. Pengaruh kawan begitu kuat sehingga aku turut mengikuti mereka mempunyai telefon bimbit sedemikian. Nasiblah tidak begitu mahal, seingat aku baru Rm350 macam tu la. Telefon bimbit sony ericsson mix walkman ini mempunyai kamera, muzik, perakam suara dan video, facebook dan fungsi lain yang biasa.

                                Rajah 2: Sony Ericsson Mix Walkman

Aku melanjutkan pelajaran di peringkat  Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2012. Pada masa itu telah bermula sistem penggal yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem itu mempunyai 3 penggal dan setiap penggal mempunyai peperiksaan seperti di universiti. Oleh kerana memerlukan komputer riba bagi melakukan tugasan itu aku terpaksa membeli sebuah komputer riba baru. Sebenarnya di rumahku sudah ada komputer riba kakakku tetapi kakakku juga memerlukannya di universiti terpaksalah aku mengeluarkan wang simpanan ASB aku untuk membelinya bagi memudahkan aku melakukan tugasan. Aku pergi ke PC Fair yang sedang berlangsung di Alor Star Mall untuk melakukan serve dan membelinya. Akhirnya aku jumpa juga kompuer riba yang aku inginkan dengan bajet sebanyak Rm1000. Demi pembelajarn dan masa depan aku, aku relakan wang simpanan aku digunakan untuk membeli sebuah komputer riba jenama Acer.

                               Rajah 3: Komputer Riba Jenama Acer

Pada bulan Jun 2013 telefon bimbit sony ericsson aku rosak terpaksalah aku mengeluarkan wang simpanan aku untuk membeli telefon bimbit baru. Sudahlah masa itu aku akan pergi ke Seremban 2 selama dua bulan bagi mengikuti program Entensif Bahasa English.  Agak keberatan bagi aku untuk membelinya oleh kerana aku juga turut memerlukan telefon bimbit bagi memudahkan aku berkomunikasi dengan keluarga dan kawan-kawanku nanti.  Aku pun belilah telefon bimbit jenama Oppo Joy yang terbaru dipasaran di Malaysia. Jenama Oppo masih baru dan masih ramai yang tidak mengetahui kewujudannya di pasaran. Setiap kali aku ingin membeli gajet pasti aku membuat bajet dahulu barulah mudah untuk aku membelinya agar tidak melebihi bajet yang aku peruntukan terhadap sesuatu gajet. Kali ini bajet aku untuk telefon bimbit adalah Rm 500 dan ia mengikut bajet aku tetapkan, telefon bimbit jenama Oppo yang paling murah sekali ialah Rm 398. Sehingga kini aku masih menggunakan telefon bimbit Oppo itu, walaupun kadang kala terdapat juga masalahnya. Oleh itu, kita haruslah bijak membeli gajet dan menggunakannya dengan tujuan yang betul.  Setakat ini sahaja coretan aku mengenai gajet yang aku punyai sehingga kini. Sekian terima kasih….




                                                      Rajah 4: Oppo Joy

1 ulasan:

  1. Graton Casino New Orleans - Mapyro
    Get directions, 김천 출장샵 reviews and information for 용인 출장마사지 Graton Casino New Orleans 영천 출장안마 in New Orleans. 8 Casino 경산 출장샵 Way, New Orleans, LA 양산 출장안마 70130. Map icon

    BalasPadam