Apa
itu gajet? Gajet adalah perangkat elektronik kecil yang memiliki fungsi khusus.
Diantaranya seperti telefon bimbit, tablet, komputer riba, kemera, PSP dan gajet
lain. Di era serba IT ini menyebabkan semua orang memerlukannya sebagai alat
komunikasi yang memudahkan dirinya dalam melakukan aktiviti seharian. Dahulunya
semua ini hanya sebagai kehendak bukannya keperluan. Kini tidak hanya remaja
dan orang dewasa bahkan kanak-kanak sudah mengenal gadget dan tahu
menggunakannya. Kanak- kanak zaman sekarang sudah tidak bermain permainan
tradisi dan tidak pernah lepas dari tangan alat komunikasi canggih ini.
Gajet
yang aku miliki pada masa ini ialah telefon bimbit (smartphone) jenama Oppo dan
komputer riba jenama Acer sahaja. Aku sebenarnya tidak berapa kisah pasal gadget
ini semua, bagi aku ia cukup sekadar untuk
melakukan kerja dan hal yang penting. Aku tidak kisah tentang kelebihan
dan jenama sesuatu gadget kerana bagi aku ia membazirkan wang sahaja. Cukuplah
sekadar boleh digunakan untuk menelefon dan menghantar mesej. Aku jenis yang
kedekut untuk mengeluarkan duit bagi membeli barang yang tidak penting. Jika
telefon bimbit aku rosak aku akan membeli yang baru dengan harga bawah dari
RM500. Kalau boleh aku mahu yang murah sekali bergantung kepada fungsinya.
Pertama
sekali aku mempunyai telefom bimbit ialah Nokia 1208 yang dahulunya agak
popular dikalangan pelajar sekolah. Aku masih
ingat aku beli nokia 1208 dengan harga 100 ringgit sahaja pada masa itu aku di
tingkatan 3. Selepas habis menduduki peperiksaan PMR aku terus pergi membeli telefon bimbit di
Jitra dengan menggunakan wang aku sendiri. Itulah pertama kalinya aku mempunyai
telefon bimbit dan menggunakannya. Bila difikirkan balik aku rasa agak kelakar
aku pada masa itu. Sejak tingkatan 1 lagi semua kawan aku ada telefon bimbit
kecuali aku. Memang la senang kalau ada telefon bimbit sebab nak telefon dan
boleh mesej tanya pasal kerja sekolah.
Mereka sering marahkan aku sebab susah
nak bertanya pasal kerja sekolah bila
semua sudah ada di rumah masing-masing. Aku senang sahaja kalau hendak bertanya
kerja sekolah aku pergilah rumah kawanku yang terdekat tidak pun pinjam telefon
bimbit kakakku.
Rajah
1: Nokia 1208
Seterusnya
aku teringin pula telefon bimbit yang mempunyai kamera dan lagu. Aku pun beli
handphone jenis Sony Ericsson Mix
Walkman. Aku juga menggunakan wang simpanan aku untuk memilikinya. Biasalah
nafsu remaja yang ingin memiliki telefon bimbit canggih sedikit. Pada masa itu, aku di tingkatan 5 dan
mempunyai pengaruh yang kuat untuk memiliki telefon bimbit seperti kawan lain
yang canggih. Pengaruh kawan begitu kuat sehingga aku turut mengikuti mereka
mempunyai telefon bimbit sedemikian. Nasiblah tidak begitu mahal, seingat aku
baru Rm350 macam tu la. Telefon bimbit sony ericsson mix walkman ini mempunyai
kamera, muzik, perakam suara dan video, facebook dan fungsi lain yang biasa.
Rajah
2: Sony Ericsson Mix Walkman
Aku
melanjutkan pelajaran di peringkat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2012. Pada masa itu telah
bermula sistem penggal yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sistem itu mempunyai 3 penggal dan setiap penggal mempunyai
peperiksaan seperti di universiti. Oleh kerana memerlukan komputer riba bagi
melakukan tugasan itu aku terpaksa membeli sebuah komputer riba baru. Sebenarnya
di rumahku sudah ada komputer riba kakakku tetapi kakakku juga memerlukannya di
universiti terpaksalah aku mengeluarkan wang simpanan ASB aku untuk membelinya
bagi memudahkan aku melakukan tugasan. Aku pergi ke PC Fair yang sedang
berlangsung di Alor Star Mall untuk melakukan serve dan membelinya. Akhirnya
aku jumpa juga kompuer riba yang aku inginkan dengan bajet sebanyak Rm1000.
Demi pembelajarn dan masa depan aku, aku relakan wang simpanan aku digunakan
untuk membeli sebuah komputer riba jenama Acer.
Rajah
3: Komputer Riba Jenama Acer
Pada
bulan Jun 2013 telefon bimbit sony ericsson aku rosak terpaksalah aku
mengeluarkan wang simpanan aku untuk membeli telefon bimbit baru. Sudahlah masa
itu aku akan pergi ke Seremban 2 selama dua bulan bagi mengikuti program
Entensif Bahasa English. Agak keberatan
bagi aku untuk membelinya oleh kerana aku juga turut memerlukan telefon bimbit bagi
memudahkan aku berkomunikasi dengan keluarga dan kawan-kawanku nanti. Aku pun belilah telefon bimbit jenama Oppo
Joy yang terbaru dipasaran di Malaysia. Jenama Oppo masih baru dan masih ramai
yang tidak mengetahui kewujudannya di pasaran. Setiap kali aku ingin membeli
gajet pasti aku membuat bajet dahulu barulah mudah untuk aku membelinya agar
tidak melebihi bajet yang aku peruntukan terhadap sesuatu gajet. Kali ini bajet
aku untuk telefon bimbit adalah Rm 500 dan ia mengikut bajet aku tetapkan,
telefon bimbit jenama Oppo yang paling murah sekali ialah Rm 398. Sehingga kini
aku masih menggunakan telefon bimbit Oppo itu, walaupun kadang kala terdapat
juga masalahnya. Oleh itu, kita haruslah bijak membeli gajet dan menggunakannya
dengan tujuan yang betul. Setakat ini
sahaja coretan aku mengenai gajet yang aku punyai sehingga kini. Sekian terima
kasih….
Rajah
4: Oppo Joy